kampung halamanku |
Aku dilahirkan pada 01 Mei, iaitu jatuh pada Hari Pekerja yang diraikan oleh setiap pekerja. Dilahirkan di dalam sebuah kampung yang terpencil, kampung yang sangat aman, terdapat sawah padi yang luas terbentang, saujana mata memandang. Suasana yang sudah tidak dapat kukecapi lagi sekarang kerana keadaan telah berubah. Kawasan perkampungan telah berkembang pesat sejajar dengan arus kemodenan.
sawah padi |
Aku merupakan anak ke empat dari empat orang adik beradik. Ibuku membesarkan kami dengan penuh kasih sayang setelah ayahku meninggal dunia ketika aku berumur 7 tahun. Aku bersekolah di Sekolah Kebangsaan Jitra dan Sekolah Menengah Tanjung Pauh sehingga tamat pembelajaran.
Sekarang aku bekerja di Pejabat Kesihatan dan telah berkahwin. Sekarang aku menetap di dalam sebuah taman di kawasan Guar Chempedak.
kehidupan baru |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan